Sunday 20 May 2012

Pengaruh Iklim Terhadap Kegiatan Ekonomi Penduduk Malaysia

i. Pertanian
ii. Perikanan
iii. Pelancongan
iv. Pembalakan
v. Penjanaan sumber tenaga

Pertanian

Iklim khatulistiwa
• panas & lembab sepanjang tahun
• suhu 27ºC dan hujan melebihi 2000 mm menggalakkan pertumuhan kelapa sawit, getah, koko, lada hitam dll.
• Tanaman padi di Kedah dan Kelantan memerlukan jumlah air yang banyak
• Petani tembakau di Kelantan menanam tembakau pada musim kemarau selepas padi dituai
• kawasan tanah tinggi, cth Cameron Highland dan Kundasang, suhu 18ºC menggalakkan tanaman sayuran dan buah-buahan hawa sederhana dan teh.

Perikanan

Iklim Khatulistiwa
• Cuaca & iklim mempengaruhi kegiatan nelayan di pantai timur Semenanjung dan pinggir pantai Sabah dan Sarawak.
• AMTL; musim tengkujuh nelayan tidak turun ke laut kerana laut bergelora.
• Musim tengkujuh; nelayan membaiki perahu, pukat, berniaga kecil-kecilan dan mengambil upah.
• Nelayan Pantai barat Semenanjung Malaysia boleh menangkap ikan sepanjang tahun kerana perairannya yang tidak bergelora.

Pelancongan

Iklim Khatulistiwa
• Kegiatan pelancongan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana iklim Malaysia panas dan lembab sepanjang tahun.
• Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.


Pembalakan

Iklim Khatulistiwa
• Iklim khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika di Malaysia.
• Pelbagai jenis kayu-kayan tropika boleh didapati seperti cengal, keruing dan meranti.
• Hasil kayu-kayan menyumbangkan pendapatan Negara.

Penjanaan Sumber tenaga

Iklim khatulistiwa
• Jumlah hujan yang banyak melebihi 2500 mm setahun membolehkan Malaysia berpotensi memajukan sumber tenaga elektrikhidro.
• Contoh empangan KEH di Malaysia , Empangan Kenyir, Empangan Chenderoh, Empangan Bakun dll.
• Sumber tenaga ini penting untuk keperluan domestic dan industri

Hujan


Fakta Gegrafi
• Taburan hujan di Malaysia tidak sekata.
• Bukit Larut (Perak) : Kawasan paling lembab di Malaysia; hujan lebih 5000 mm.
• Kuala Pilah : kawasan paling kering di Malaysia; hujan 1190 mm.
• Hujan maksimum turun pada peralihan tiupan angin monson (April dan Okt) Hujan lebat diturunkan oleh hujan perolakan).

Cuaca Dan Iklim

a) Jenis iklim : Khatulistiwa
b) Ciri-ciri iklim
i. Panas dan lembab sepanjang tahun
ii. Purata suhu tahunan 27ºC
iii. Julat suhu tahunan kecil (1ºC - 2ºC)
iv. Hujan tahunan melebihi 2500 mm
v. Kelembapan bandingan yang tinggi

c) Sistem angin

i. Angin monson barat daya (Mei – Sept)
- hujan lebat di pantai barat Sem Msia, pantai Swak & pantai barat Sabah.

ii. Angin monson timur laut (Nov – Mac)
- hujan lebat di pantai timur Sem. Msia, pantai barat Swak, pantai barat dan timur Sabah.
- Musim tengkujuh di Ktan, Tganu dan Pahang. (banjir)

iii. Angin sumatera
- bertiup pada musim peralihan monsoon (April – Mei; Sept – Okt)
- bertiup kencang secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh
- hujan turun dalam bentuk hujan perolakan dan rebut (disertai petir dan kilat)

Iklim dan faktornya

a) Kedudukan
 Malaysia terletak berhampiran G. Khatulistiwa ; suhu agak tinggi (27ºC) – pancaran matahari lebih banyak.

b) Angin Monson
 sistem angin monson barat daya dan angin monson timur laut membolehkan Msia menerima hujan sepanjang tahun.
 Angin sumatera juga turut menyumbang jumlah hujan yang banyak di Msia.

c) Ketinggian
 Kawasan yang rendah mempunyai suhu yang tinggi (purata suhu 27ºC).
 Kawasan yang tinggi suhu lebih rendah kerana semakin tinggi kawasan tersebut, udara kurang tumpat.
 Kenaikan ketinggian sebanyak 165m dari aras laut menyebabkan suhu turun sebanyak 1ºC. (cth: Cameron Highland(1448m) dan Kundasang suhunya 18ºC.
 Hujan bukit menurunkan hujan lebat di cerun bukit yang menghadap angin lembab.

d) Kepulauan
 Kawasan pinggir laut mempunyai julat suhu harian kecil berbanding dengan kawasan pedalaman
 Perbezaan disebabkan oleh pengaruh tiupan bayu laut dan bayu darat.

e) Bebas dari taufan dan kemarau panjang

 Angin siklon tropika terbentuk di kawasan garis lintang 6ºU hingga 20ºU.
 AMBD dan AMTL adalah angin lazim yang membawa hujan lebat; Msia bebas dari kemarau panjang.

Thursday 17 May 2012

Saliran di Malaysia

1 Malaysia mempunyai banyak sungai kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun.
2 Kebanyakan sungai di Sem. Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa, mengalir masuk ke Laut dan pentas benua. Shina Selatan dan Selat Melaka.
3 Di Sabah dan Sarawak, sungai berpunca dari banjaran gunung di pedalaman dan mengalir masuk ke Laut China Selatan dan Laut Sulu.

4 Sungai- sungai di Sem Malaysia :
Sungai Muda
Sungai Perak
Sungai Bernam
Sungai Endau
Sungai Pahang
Sungai Terengganu
Sungai Kelantan

5 Sungai-sungai di Sarawak :
Sungai Rajang
Sungai Baram
Sungai Lupar

6 Sungai-sungai di Sabah :
Sungai Padas
Sungai Labuk
Sungai Kinabatangan
Sungai Segama

7 Sungai-sungai di Malaysia adalah deras alirannya di peringkat hulu, perlahan di peringkat hilirnya,
8 Tasik semula jadi ialah Tasik Bera dan Tasik Chini.
9 Tasik buatan manusia ialah
Tasik Kenyir, Tasik Chenderoh, Tasik Perdana.

Bentuk Muka Bumi Malaysia


Tanah Tinggi

1 Lebih 60% daripada muka bumi negara kita terdiri tanah tinggi.

2 Banjaran di Semenanjung Malaysia :
a) Banjaran Nakawan
b) Banjaran Kedah Singora
c) Banjaran Bintang
d) Banjaran Keledang
e) Banjaran Titiwangsa/Besar
f) Banajran Benom
g) Banjaran Tahan
h) Banjaran Pantai Timur

3 Banjaran di Sabah:
a) Banjaran Crocker
b) Banjaran Trus Madi
c) Banjaran Witti
d) Banjaran Maitland
e) Banjaran Brassey

4 Banjaran di Sarawak :
a) Banjaran Tama Abu
b) Pergunungan Iran
c) Pergunungan Hose
d) Banjaran Kapuas Hulu

Kedudukan Malaysia

Kedudukan Malaysia

1 Berhampiran Garisan Khatulistiwa.
2 Keluasan : 329 733km persegi
3 Terdiri darpada :
a) 13 buah negeri
b) 3 wilayah persekutuan
4 Mempunyai kedudukan geografi strategik :
a) kedudukan di tengah-tengah jalan laut antara timur dan barat.
b) terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan Angin taufan.

Tuesday 8 May 2012

Selamat Datang

Blog ini di wujudkan untuk membantu pelajar peringkat menengah rendah yang mengambil subjek Geografi...Selamat Maju Jaya