a) Jenis iklim : Khatulistiwa
b) Ciri-ciri iklim
i. Panas dan lembab sepanjang tahun
ii. Purata suhu tahunan 27ºC
iii. Julat suhu tahunan kecil (1ºC - 2ºC)
iv. Hujan tahunan melebihi 2500 mm
v. Kelembapan bandingan yang tinggi
c) Sistem angin
i. Angin monson barat daya (Mei – Sept)
- hujan lebat di pantai barat Sem Msia, pantai Swak & pantai barat Sabah.
ii. Angin monson timur laut (Nov – Mac)
- hujan lebat di pantai timur Sem. Msia, pantai barat Swak, pantai barat dan timur Sabah.
- Musim tengkujuh di Ktan, Tganu dan Pahang. (banjir)
iii. Angin sumatera
- bertiup pada musim peralihan monsoon (April – Mei; Sept – Okt)
- bertiup kencang secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh
- hujan turun dalam bentuk hujan perolakan dan rebut (disertai petir dan kilat)
Iklim dan faktornya
a) Kedudukan
Malaysia terletak berhampiran G. Khatulistiwa ; suhu agak tinggi (27ºC) – pancaran matahari lebih banyak.
b) Angin Monson
sistem angin monson barat daya dan angin monson timur laut membolehkan Msia menerima hujan sepanjang tahun.
Angin sumatera juga turut menyumbang jumlah hujan yang banyak di Msia.
c) Ketinggian
Kawasan yang rendah mempunyai suhu yang tinggi (purata suhu 27ºC).
Kawasan yang tinggi suhu lebih rendah kerana semakin tinggi kawasan tersebut, udara kurang tumpat.
Kenaikan ketinggian sebanyak 165m dari aras laut menyebabkan suhu turun sebanyak 1ºC. (cth: Cameron Highland(1448m) dan Kundasang suhunya 18ºC.
Hujan bukit menurunkan hujan lebat di cerun bukit yang menghadap angin lembab.
d) Kepulauan
Kawasan pinggir laut mempunyai julat suhu harian kecil berbanding dengan kawasan pedalaman
Perbezaan disebabkan oleh pengaruh tiupan bayu laut dan bayu darat.
e) Bebas dari taufan dan kemarau panjang
Angin siklon tropika terbentuk di kawasan garis lintang 6ºU hingga 20ºU.
AMBD dan AMTL adalah angin lazim yang membawa hujan lebat; Msia bebas dari kemarau panjang.
No comments:
Post a Comment