Sunday 20 May 2012

Cuaca Dan Iklim

a) Jenis iklim : Khatulistiwa
b) Ciri-ciri iklim
i. Panas dan lembab sepanjang tahun
ii. Purata suhu tahunan 27ºC
iii. Julat suhu tahunan kecil (1ºC - 2ºC)
iv. Hujan tahunan melebihi 2500 mm
v. Kelembapan bandingan yang tinggi

c) Sistem angin

i. Angin monson barat daya (Mei – Sept)
- hujan lebat di pantai barat Sem Msia, pantai Swak & pantai barat Sabah.

ii. Angin monson timur laut (Nov – Mac)
- hujan lebat di pantai timur Sem. Msia, pantai barat Swak, pantai barat dan timur Sabah.
- Musim tengkujuh di Ktan, Tganu dan Pahang. (banjir)

iii. Angin sumatera
- bertiup pada musim peralihan monsoon (April – Mei; Sept – Okt)
- bertiup kencang secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh
- hujan turun dalam bentuk hujan perolakan dan rebut (disertai petir dan kilat)

Iklim dan faktornya

a) Kedudukan
 Malaysia terletak berhampiran G. Khatulistiwa ; suhu agak tinggi (27ºC) – pancaran matahari lebih banyak.

b) Angin Monson
 sistem angin monson barat daya dan angin monson timur laut membolehkan Msia menerima hujan sepanjang tahun.
 Angin sumatera juga turut menyumbang jumlah hujan yang banyak di Msia.

c) Ketinggian
 Kawasan yang rendah mempunyai suhu yang tinggi (purata suhu 27ºC).
 Kawasan yang tinggi suhu lebih rendah kerana semakin tinggi kawasan tersebut, udara kurang tumpat.
 Kenaikan ketinggian sebanyak 165m dari aras laut menyebabkan suhu turun sebanyak 1ºC. (cth: Cameron Highland(1448m) dan Kundasang suhunya 18ºC.
 Hujan bukit menurunkan hujan lebat di cerun bukit yang menghadap angin lembab.

d) Kepulauan
 Kawasan pinggir laut mempunyai julat suhu harian kecil berbanding dengan kawasan pedalaman
 Perbezaan disebabkan oleh pengaruh tiupan bayu laut dan bayu darat.

e) Bebas dari taufan dan kemarau panjang

 Angin siklon tropika terbentuk di kawasan garis lintang 6ºU hingga 20ºU.
 AMBD dan AMTL adalah angin lazim yang membawa hujan lebat; Msia bebas dari kemarau panjang.

No comments:

Post a Comment