Sunday 20 May 2012

Pengaruh Iklim Terhadap Kegiatan Ekonomi Penduduk Malaysia

i. Pertanian
ii. Perikanan
iii. Pelancongan
iv. Pembalakan
v. Penjanaan sumber tenaga

Pertanian

Iklim khatulistiwa
• panas & lembab sepanjang tahun
• suhu 27ºC dan hujan melebihi 2000 mm menggalakkan pertumuhan kelapa sawit, getah, koko, lada hitam dll.
• Tanaman padi di Kedah dan Kelantan memerlukan jumlah air yang banyak
• Petani tembakau di Kelantan menanam tembakau pada musim kemarau selepas padi dituai
• kawasan tanah tinggi, cth Cameron Highland dan Kundasang, suhu 18ºC menggalakkan tanaman sayuran dan buah-buahan hawa sederhana dan teh.

Perikanan

Iklim Khatulistiwa
• Cuaca & iklim mempengaruhi kegiatan nelayan di pantai timur Semenanjung dan pinggir pantai Sabah dan Sarawak.
• AMTL; musim tengkujuh nelayan tidak turun ke laut kerana laut bergelora.
• Musim tengkujuh; nelayan membaiki perahu, pukat, berniaga kecil-kecilan dan mengambil upah.
• Nelayan Pantai barat Semenanjung Malaysia boleh menangkap ikan sepanjang tahun kerana perairannya yang tidak bergelora.

Pelancongan

Iklim Khatulistiwa
• Kegiatan pelancongan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana iklim Malaysia panas dan lembab sepanjang tahun.
• Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.


Pembalakan

Iklim Khatulistiwa
• Iklim khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika di Malaysia.
• Pelbagai jenis kayu-kayan tropika boleh didapati seperti cengal, keruing dan meranti.
• Hasil kayu-kayan menyumbangkan pendapatan Negara.

Penjanaan Sumber tenaga

Iklim khatulistiwa
• Jumlah hujan yang banyak melebihi 2500 mm setahun membolehkan Malaysia berpotensi memajukan sumber tenaga elektrikhidro.
• Contoh empangan KEH di Malaysia , Empangan Kenyir, Empangan Chenderoh, Empangan Bakun dll.
• Sumber tenaga ini penting untuk keperluan domestic dan industri

12 comments: